PENGENALAN
Kajian kami ialah mengenai zaman penjajahan ditanah melayu iaitu
membincangkan secara kritis mengenai zaman penjajahan portugis, belanda,
british dan jepun di tanah melayu dan kesannya kepada tanah melayu. Dalam
kajian kami terdapat beberapa objektif utama iaitu mengenal pasti faktor
penjajahan Portugis. Belanda, British dan Jepun, mengenal pasti faktor
penentangan terhadap penjajahan, mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap
penjajahan, dan mengkaji kesan penjajahan kuasa asing ke Tanah Melayu.
Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan,
penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat.
Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang eropah oleh
Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca Da Gama
di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka ruang kepada India dengan
membuka Loji Perdagangan di Cochin dan menawan Goa pada tahun 1510 manakala
Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelom
menawan Kota Melaka pada tahun 1511.Sejarah membuktikan British telah menduduki
negara ini lebih daripada 150 tahun.
Masyarakat menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh
pendudukan Kuasa-Kuasa Asing seperti Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824),
British (1824-1957), Jepun (1941-1945).
FAKTOR PENJAJAHAN PORTUGIS
Kejatuhan Melaka ke tangan orang
Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka
sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia
Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan
mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama
ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan
strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque
telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan
gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk
memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan
de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan
diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan
rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk
menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan
akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA
Belanda mula memberi perhatian kepada
Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara
langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai
gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik.
Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis
pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal. Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis
selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar
Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu
pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di
Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641). Belanda
meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan
yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang
Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan
Selangor.
Era penjajahan Portugis berakhir setelah
130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi
yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat
berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan
bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong
pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia
Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah
menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga
ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau
Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang
dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara
lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas
Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan
Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah
pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba
meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan
Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak
dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula
menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda
sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka
nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya
mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda
ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda di Melaka berusaha menguasai
perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba
mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda
cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli
bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui
Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda
berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa
menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di
Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan
bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap
perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka
menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi
berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .
FAKTOR PENJAJAHAN BRITISH
Pendudukan
British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan Tanah
Melayu, Ini kerana British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di
Tanah Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu bermotifkan
dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan setelah British menguasai
ekonomi di Tanah Melayu, British juga ingin membawa kepada campur tangan
politik di Tanah Melayu.
Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha
memonopolikan hasil dagangan utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan
di Negeri-Negeri Melayu. Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada
abad ke-19 di Eropah, bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi
keinginan British untuk memonopolikan perdagangan timah. Pada abad ke-19,
Britain masih kuat terpangaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun pada tahun 1870-an,
dasar imperialisme mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi
tindak-tandukmereka di Tanah Melayu. Selain Britain, kuasa barat yang lain
seperti Belanda (di Indonesia) perancis (Indochina) disamping Itali, Jerman,
dan Russia sedang bersaing. Campur tangan British di Selangor disebabkan tidak
adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun
1826, Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada
1826, Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang
lemah dan mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja.
Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di
antara 1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana
pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina.
Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja
Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja
Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih
timah.
Pada
1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad
yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya,
Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan
Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas
dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari
Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang
muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad
menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja
Mahdi. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang
berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik
sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Raja Mahdi melarikan diri
keKuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan
Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa
rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang
membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2
buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor.
Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala
Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka
British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan
rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh
sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka
Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor.
Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku
Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja
Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh
berterusan. Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh
putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka
berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang
merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew Clarke
mengambil
kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di
Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki
terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad
mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874..
Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada
Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul
Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan
kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British
melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874,
J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong
Residen. Perlantikan Tenku Antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi
Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku
Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Tenku Antah
juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875 Datuk Kelana
dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar
kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876 Tengku Antah diiktiraf Yam Tuan
Besar Seri Menanti. Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British
di Pahang ialah berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan
Abu Bakar (Johor), membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan
negeri baginda.Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan
kepentingan mereka.
FAKTOR PENJAJAHAN DI JEPUN
Sejak tahun 1932
golongan tentera telah
menguasai politik jepun
dan pada tahun 1937
tentera mula menjerang
negara chinaJepun bersekutu dengan
jerman dan itali
pada perang dunia
kedua untuk menentang kuasa
berikat iaitu british
dan amerika syarikat pada
8 disember 1941 jepun mula
menyerang tanah melayu
dan pada pertengahan
februari 1941 tanah
melayu dan singapura
jatuh ke tangan
jepun. Tentera jepun cukup
terlatih , berpengalaman , bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan
yang baik., kurang bersedia, kelewatan tentera bantuan dari london dan india,
menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangka british ,kapal perang prince of wales dan repules yang
ditenggelamkan oleh jepun pada 10 disember 1941 telah melemahkan lagi perahanan
british.Persediaan tentera jepun yang lengkap. Pentadbiran jepun di tanah
melayu ialah Jepun memerintah tanah melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan
matlamat utamanya memulihkan keadaan awam, mewujudkan pemerintahan "Asia
untuk orang asia" dan memonopoli sumber ekonomi di tanah melayu.
Antara corak pentadbiran tentera jepun di tanah melayu ialah pentadbiran
tanah melayu yang dikenali sebagai Malai baru .Diketuai oleh seorang presiden
jepun atau Gunsekin.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang gabenor jepun atau
syuchokan.Singapura yang dikenali sebagai syonan ditadbir bersama dengan Malai
Baru dan Sumatera.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,
Perlis, Terengganu dan Kedah diserahkan kepada negara Thai pada bulan Ogos .
KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS TERHADAP
TANAH MELAYU
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang
130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke
hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka
hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa
perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa
Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat
Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada
binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja
St. Paul’.
KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP
TANAH MELAYU
Belanda menawan Melaka pada tahun 1641
daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di
tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan
pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth
Fort),Pulau Pangkor.
KESAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP
TANAH MELAYU
Munculnya Semangat Kebangsaan
yang terus berkembang dalam jiwa anak bangsa selagi mana ada kuasa tertentu
yang cuba menganggu gugat negara, agama dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan
kuasa asing di Tanah Melayu ia telah memberikan sumbangan yang amat besar
kepada berkembangnya semangat nasionalisma penduduk di negara ini. Asal usul
bertumbuhnya semangat ini adalah disebabkan peranan penjajah yang telah membawa
masuk bangsa asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan lombong
bijih timah dan juga perkembangan sistem pendidikan yang telah menyedarkan
bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa asing yang begitu rakus menyelongkar
hasil mahsul negara ini.
Paling awal adalah penentangan terhadap penjajahan British oleh beberapa
individu seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’
Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap
penjajahan British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan
Inggeris. Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi semangat
nasionalisma penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini,
pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada
penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat yang
dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga memberi impak kepada penduduk Tanah
Melayu untuk berjuang mempertahankan tanahair mereka disebabkan slogan yang
dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia. Seterusnya, Orang Melayu mula bersatu. Orang
Melayu pada waktu itu tidak bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara
terasing dan mengikut kenegerian. Justeru itulah dapat dilihat tertubuhnya
persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor,
Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan
sebagainya. Jadi, dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya
menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya
penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union
pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948
dengan nama United Malayan
National Organization. Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu
pada waktu itu telah memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari
bahasa Inggeris dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain daripada itu, British juga memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk
Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu
itu. Selain itu, berkembangnya sektor
kesihatan bandar dan luar Bandar kerana masyarakat Melayu sebelum
kedatangan penjajah British kebanyakannya mengamalkan perubatan secara
tradisional dan bergantung kepada pawang atau bomoh untuk mengubati penyakit.
Penjajahan British di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem perubatan moden
dengan adanya doktor, jururawat, klinik, palang merah dan pusat-pusat
kesihatan. Lama-kelamaan pusat-pusat kesihatan ini telah berkembang daripada
bandar ke kawasan luar bandar.
Kesan
tidak langsung hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah monumen atau
bangunan yang menjadi kesan kepada penjajahan British di negara ini. Antara
tinggalan sejarah penjajahan asing di negara ini banyak didapati di Melaka
kesan pendudukan Portugis dan Belanda, dan beberapa negeri di Malaysia masih
menyimpan beberapa bangunan lama penjajahan British dan Jepun. Tinggalan ini
juga telah memberi sumbangan kepada pembangunan pelancongan negara dan ini
secara tidak langsung juga menjadi antara asas untuk menarik pelancong luar
datang ke negara ini.
KESAN PENJAJAHAN JEPUN TERHADAP TANAH
MELAYU
Kesan sosial, ekonomi dan politik
Penindasan terhadap orang cina kerana pada
waktu itu jepun sedang bermusuhan dengan china. Ramai pemuda yang terpaksa
menjadi buruh paksa untuk membina landasan kereta api maut dan ramai yang mati
akibat diserang penyakit dan kebuluran.Negara mengalami masalah kekurangan
beras ekoran sistem perdagangan antarabangsa yang kacau- bilau dan memaksa
masyarakat bergantung kepada sumber makanan lain seperti ubi kayu.Penduduk juga
mengalami masalah kesihatan akibat kurangnya bekalan perubatan dan makanan yang
tidak berzat dan layanan jepun yang berat sebelah’.Jepun memusuhi kaum cina dan
telah menyebabkan pertempuran kaum diantara kaum cina dan melayu. Tanah melayu
mengalami kemerosotan ekonomi pada peringkat individu dan keluarga.
Perusahaan biji timah dan
getah yang pesat sebelum ini merosot ekoran kemusnahan yang berlaku pada
lombong,ladang dan kilang kerosakan disebabkan serangan jepun untuk menakluki
tanah melayuNilai mata wang negara turut jatuh dengan teruk. Telah memberi
kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan.Jepun
menggunakan propaganda “Asia Untuk Orang Asia”.
Masyarakat tempatan mendapat
kesedaran tentang kelemahan kuasa pihak british.Pendudukan jepun telah
melahirkan semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat tempatan.Kaum cina
aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) kerana parti ini
jelas menentang jepun dan membela nasib orang cina yang tertindas.
PENUTUP
Kesimpulannya adalah
penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan
melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran
tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh
itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai
sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan
asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia
yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa
sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang
sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang.
kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang
berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa
pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada
dijajah. Sekian terima kasih.
assalamualaikum.. sy nk tanya.. awak ada sebarang rujukan x?
ReplyDeletekalau awak buat assignment nie mesti ada rujukan kan?
tapi knp awk x letak rujukan?
Good
ReplyDelete